fb fb fb fb fb

Segera semak semula SOP aktiviti riadah di lokasi berisiko- IGP

(FOTO HIASAN)

BATANG KALI, 25 Disember- Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang.

"Dari segi penambahbaikan, ini saya serahkan pada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan berkaitan untuk membuat semakan semula," katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menamatkan operasi SAR di tapak kejadian insiden tanah runtuh Batang Kali itu tepat jam 12.00 tengah hari tadi.

Jelasnya lagi mengenai penutupan jalan Batang Kali-Genting, perkara itu akan dirujuk kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan PBT kerana memerlukan kajian sepenuhnya dari segi aspek keselamatan dan sebagainya.

Semalam, mayat mangsa terakhir kejadian tanah runtuh yang juga kanak-kanak lelaki ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Penemuan itu menjadikan keseluruhan 31 mayat mangsa ditemukan sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu.

Sejumlah 92 mangsa terdiri daripada 78 pengunjung dan 14 pekerja terbabit insiden tanah runtuh dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan kira-kira tiga hektar.


(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melawat tapak kejadian insiden tanah runtuh Batang Kali)

Media Baharu