fb fb fb fb fb

Seramai 75 penduduk terjejas banjir di Perak

IPOH, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 75 orangdaripada 19 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah berbeza.

PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib di daerah Hilir Perak menempatkan 62 penduduk daripada 14 keluarga.

(Foto fail)

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk menempatkan 13 penduduk daripada 5 keluarga.

Media Baharu