KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan luar bandar disasarkan mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G pada pertengahan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak kurang daripada 85 peratus kawasan luar bandar turut dipastikan untuk menerima liputan 5G pada akhir 2024.
“Baki 15 peratus itu mungkin kawasan pergunungan dan sebagainya yang agak sukar.
Kita lakukan koordinasi ini kerana merasakan rakyat di luar bandar juga berhak. Kita tidak mahu apabila mahu mencapai internet, mereka panjat pokok untuk dapatkan liputan.
"Jadi, ini harus kita elakkan, walaupun sukar tetapi kita boleh," kata Zahid.

bercakap dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia Angkasapuri)
***katanya pada program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Sementara itu, kawasan-kawasan Orang Asli untuk pemasangan peranti satelit Starlink telahpun dikenal pasti, bagi memastikan golongan tersebut juga tidak ketinggalan dengan kemajuan teknologi terkini.
Usaha itu adalah dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).