fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda / FOTO RTM

KOTA KINABALU, 16 September- Orang ramai yang ingin menyaksikan program sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka Kota Kinabalu petang ini digalakkan datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan jalan raya khususnya dikawasan berdekatan Padang Merdeka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda juga menggalakkan orang ramai berkongsi kereta atau menaiki kereta pengangkutan awam ke lokasi sambutan.

ACP Kasim Muda berkata, beberapa jalan masuk ke kawasan padang merdeka mula ditutup pukul 2 petang bagi memastikan kelancaran sambutan Hari Malaysia.

"Kita akan tutup sepenuhnya. Di antara Bypass Ke Tanjung Lipat, kita akan tutup secara berkala. Jalan-jalan yang berhadapan dengan bandaran ini, kita akan tutup sepenuhnya, bermula daripada pukul 2 petang juga, sehingga habis program,"katanya.

ACP Kasim juga mengingatkan orang ramai tidak membawa senjata berbahaya ke Padang Merdeka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE