fb fb fb fb fb

Saksikan segmen 'Biar Betul' siaran RTM untuk maklumat terkini dan tepat

FOTO FAIL

KUANTAN, 3 Februari - Orang ramai disarankan menonton segmen "Biar Betul" siaran RTM setiap 7.59 malam atau aplikasi TikTok Biar Betul bagi mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap pada Program Jiwa MADANI di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Goh di sini.

"Bila sediakan Internet yang laju masalah kita ialah fitnah juga boleh sampai kepada kita dengan lebih laju daripada Internet itu, dan sebab itu setiap malam di RTM kita mainkan segmen Biar Betul.

"Supaya setiap hari fitnah yang berlegar dapat diuruskan dengan baik kerana sekiranya timbul persepsi salah, dan sering kali disampaikan kepada orang lain, fitnah itu burukkan keadaan, saya perlu sampaikan peringatan ini walaupun tak begitu sedap didengar sebab masalah scam (penipuan) berleluasa, hati-hati fitnah dan scam," katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata isu capaian internet di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah antara yang akan diberikan keutamaan oleh kementeriannya.

"Saya bincang dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir … dan memang isu-isu melibatkan IPTA akan kita berikan keutamaan tahun ini, nanti kita dapatkan sedikit maklumat untuk cari penyelesaian lebih baik," katanya.

Terdahulu, Fahmi meluangkan masa melawat gerai pameran dan Jualan Rahmah Bergerak selain menyantuni masyarakat Felda Bukit Goh pada program berkenaan.

TETITIA YUSOFF