(Rakaman kejadian selepas penunggang motosikal terjatuh dipercayai akibat
dihimpit sebuah lori di LDP/FB Aidan Ahmad)
PETALING JAYA, 7 Mei- Individu yang melihat dan berada di lokasi kejadian ketika insiden kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori dan sebuah motosikal di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menghala ke Kepong pada Jumaat lalu diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, laporan polis telah dibuat oleh pihak yang terlibat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.
Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987.
"Insiden tular di laman sosial menerusi muat naik pemilik akaun Facebook Aidan Ahmad dalam halaman Facebook 'Dashcam Owners Malaysia' yang memaparkan sebuah lori dipercayai menghimpit sebuah motosikal sehingga penunggangnya terjatuh.
"Mereka yang melihat atau berada di tempat kejadian dimohon tampil di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarhan Muhammad Aizuddin Awang di talian 013-9003499 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
(Lori yang dipercayai menghimpit seorang penunggang motosikal di LDP/
FB Aidan Ahmad)