fb fb fb fb fb

Jualan Rahmah, KPDN Kedah perkenal sistem kupon

GURUN, 7 Mei- Sistem kupon akan diperkenal kepada pengguna yang ingin mendapatkan barangan Jualan Rahmah, di Kedah.

Kaedah itu bagi memudahkan pengguna membuat pilihan dan mempercepat proses mendapatkan barangan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata melalui sistem tersebut pengguna yang ingin mendapatkan Jualan Rahmah, hanya perlu membayar jenis barangan diperlukan.

Ia harus dilakukan sehari atau sebelum program Jualan Rahmah berlangsung.

Pihaknya juga akan menyenaraikan barangan yang dipilih sebelum diserah kepada pengguna.

Kaedah itu sekali gus dapat mengurangkan kesesakan dan pengguna tidak perlu berebut mendapatkan barangan mereka.

"Sistem kupon ini membolehkan pembeli memilih barangan yang mereka mahu, kalau kita ada 16 atau 13 barangan mengikut kawasan, kadang-kadang barang itu diperlukan...mereka memilih barang mengikut keperluan dan ia mempercepatkan proses.

"Sekiranya tujuh barangan yang mereka mahu, boleh beli dan bergerak keluar dengan cepat dan menjimatkan masa," katanya.

(Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth)

Beliau bercakap kepada RTM pada Karnival Jualan Rahmah di Jeniang, di sini hari ini.

Menurutnya lagi, Jualan Rahmah akan diperluas ke seluruh Dewan Undangan Negeri, DUN di negeri itu bagi memberi peluang kepada golongan B40 mendapatkan barangan jualan tersebut.  

Media Baharu