fb fb fb fb fb

RUU Profesion Kerja Sosial masih dalam penelitian

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 27 November – Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial memerlukan penelitian mendalam sebelum dimuktamadkan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, ini termasuk memastikan kesediaan dasar bagi pelaksanaannya kelak.

"Cabaran utamanya adalah memastikan kelestarian majlis atau badan yang akan kawal selia bidang ini kerana kerja sosial berbeza dengan profesion lain yang mampu menjana pendapatan tinggi.

"Keduanya, kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerja sosial di sektor awam dan swasta. Ketiga, pematuhan kepada dasar kerajaan sedia ada," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, berkenaan perkembangan pembentangan RUU tersebut.

Kementerian sebelum ini bercadang untuk membentangkan RUU itu pada akhir tahun ini, namun pelaksanaan memerlukan perincian lanjut bagi memastikan keberkesanannya selepas diluluskan.

GRACE AISYAH KEDAYAN