fb fb fb fb fb

Rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tidak akan diadakan - PM

(FOTO HIASAN)

SUNGAI PETANI, 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang kebiasaannya diadakan di Seri Perdana pada Hari Raya pertama, tidak akan diadakan pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara tersebut sebaliknya berkata beliau akan turun menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan di negeri-negeri.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

"Perdana Menteri tidak akan adakan majlis Aidilfitri di Kompleks Seri Perdana, tetapi setelah difikirkan lebih baik kita turun ke bawah iaitu dari negeri ke negeri sama ada anjuran Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) Madani di Sekolah Latihan Asas Kepolisan, di sini, pada Jumaat.

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu, tujuan untuk beliau hadir ke majlis-majlis yang akan dianjurkan itu adalah bagi memberi peluang untuknya mendekati lebih ramai rakyat di negara ini.

Anwar turut memaklumkan, sebagai permulaan beliau akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka peringkat negeri di Kedah yang dijadual berlangsung pada 29 April depan.

Media Baharu