Rumah terbakar, dua beradik maut

Rumah terbakar di Sitiawan

SITIAWAN, 16 Oktober – Dua beradik perempuan berusia 15 dan 18 tahun maut dalam kebakaran membabitkan dua rumah berkembar dua tingkat di Kampung Koh, Sitiawan, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus daripada dua rumah berkembar.
  • Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Teluk Intan.
  • Panggilan kecemasan diterima pada 9.01 pagi; jentera bomba tiba sembilan minit kemudian, kebakaran dikawal pada 10.30 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.01 pagi sebelum jentera tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran memusnahkan hampir 90 peratus daripada keseluruhan dua rumah berkenaan, manakala kedua-dua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam rumah.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.

Kebakaran itu turut melibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal.

Kebakaran berjaya dikawal pada 10.30 pagi, manakala kerja-kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.