(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 8 Februari- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi rakan penyiar rasmi bagi penganjuran Kejohanan Hoki Tempatan anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Matlamat utama kolaborasi KHM-RTM itu adalah bagi memainkan peranan RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial selaku stesen televisyen milik kerajaan untuk memberikan siaran secara percuma kepada penonton tempatan.
"Bertepatan tagline saluran Sukan RTM iaitu Sukan Untuk Semua, peminat sukan hoki negara bakal disajikan dengan aksi terbaik sepanjang kempen kejohanan hoki anjuran KHM itu.
"RTM akan menjadi rakan penyiar rasmi bagi penganjuran kejohanan hoki tempatan. Antaranya, TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi kejohanan TNB MHL 2023 yang berlangsung antara esok sehingga 19 Mac depan, RTM akan menyiarkan 30 perlawanan secara langsung menerusi Saluran TV Okey, Saluran Sukan RTM dan secara penstriman langsung menerusi platform RTM Klik.
Untuk rekod, RTM mula membuat liputan secara langsung bagi kejohanan hoki anjuran KHM pada 2020 menerusi Kejohanan Piala Tun Razak.
Sejak itu, kerjasama KHM-RTM semakin kukuh dengan liputan lebih menyeluruh meliputi tiga kejohanan utama KHM iaitu TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).
(Foto fail)