fb fb fb fb fb

RTM Kedah semarakkan Hari Malaysia

ALOR SETAR, 13 September- Sambutan Hari Malaysia terus disemarakkan dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.

Persatuan Pengakap Malaysia negeri Kedah menganjurkan Program Kayuhan Hari Malaysia, sempena Sambutan 100 Tahun Pengakap.

Kayuhan melibatkan 150 pengakap terdiri pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di empat buah daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap.

Program julung kalinya diadakan ini bagi menyuntik semangat patriotik dikalangan para pelajar agar dapat menanam rasa cinta dan sayang terhadap tanahair.

"Tahun ini sebenarnya negeri Kedah membangkitkan semangat tujuan untuk cintakan negara dan ahli pengakap tahun ini juga akan datang, motif kami untuk membuat para ahli pengakap ini
mencintai negra kita," kata Zulkifli Shariff selaku Ketua Persuruhjaya Pengakap Negeri Kedah.

Nyanyian lagu keramat penuh semangat “Negaraku” sambil bendera Jalur Gemilang dinaikkan dengan penuh megah berkibar.

 Sambutan Hari Malaysia di RTM Kedah

Acara pelepasan disempurnakan Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Sharimah Abu Bakar.

Sharimah berkata, RTM Kedah sangat berbesar hati di atas kesudian Persatuan Pengakap negeri Kedah bersama pelajar-pelajar sekolah rendah untuk turut sama merayakan Sambutan Hari Malaysia di RTM Kedah. Sebenarnya sambutan ini amat bermakna kerana ia memberi kesedaran semangat pada kita untuk terus menghayati penubuhan Malaysia itu sendiri.


Media Baharu