KUALA LUMPUR, 22 September - Keputusan kerajaan mengumumkan penurunan petrol RON95 pada harga RM1.99 bermula 30 September ini disifatkan sebagai satu 'hadiah' kepada rakyat Malaysia.
Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Edil Abdul Sukor berkata, ia memperlihatkan kesungguhan kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus terbela, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.
Langkah itu juga komitmen kerajaan komited memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan bawah kerangka Malaysia MADANI.
"Ia adalah satu hadiah, sebelum ini diesel dinaikkan tapi golongan golongan yang nerpendapatan rendah tidak terjejas dengan pemberian subsidi bersasar.
"Bagaimanapun petrol ini adalah kerajaan beri tambah subsidi lagi kepada semua pengguna petrol dimana saya rasa kerajaan berpandangan bahwa majoriti rakyat mampu gunakan petrol dan ia adalah satu hadiah supaya rakyat terus menyokong usaha usaha baik yang dilaksanakan kerajaan dibawah inisiatif Malaysia MADANI," katanya.
Beliau berkata demukian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancanga Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan semua rakyat Malaysia layak menggunakan petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter sehingga 300 liter seorang setiap bulan menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).