KUALA LUMPUR, 27 September – Rombakan dalaman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang giat dilaksana.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, ia bagi memastikan industri filem tempatan lebih telus dan bebas dari amalan lama.
"Mungkin individu, pegawai tertentu telah terlalu lama di satu-satu kedudukan dan seringkali telah terbentuk sikap-sikap yang mungkin tidak begitu disenangi oleh industri bukan sekadar filem.
"Samalah juga dengan pelbagai sektor yang lain, jadi itu sebab antara lain saya telah minta supaya jawatankuasa contoh yang meneliti permohonan itu dirombak sepenuhnya, jadi arahan ini telah saya beri kepada FINAS, tapi itu untuk permohonan belum lagi isu perolehan dan beberapa yang lain jadi proses pembersihan itu sebenarnya sedang berjalan" katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Malaysia, JomPACT! dan Program Jangkauan Belia WWF-Malaysia di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini.