BATU PAHAT, 27 September - Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 magnitud berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 9.04 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, gempa dengan 10 kilometer (km) berlaku pada jarak 25 km tenggara dari Batu Pahat.
"Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat, Johor.
"Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini", menurut MET Malaysia menerusi Facebook.
Johor sebelum ini dilanda situasi sama di Segamat, hujung Ogos lalu.