fb fb fb fb fb

RMS berkenan berangkat ke Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2024

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, berkenan berangkat ke Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Keberangkatan baginda pada pukul 11 pagi itu diiringi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan disambut oleh Exco Pelaburan, Ng Sze Han.

Dalam acara tersebut, baginda mengadakan pertemuan tertutup selama satu jam dengan duta-duta negara yang terlibat dalam sidang kali ini. 

Selesai pertemuan, baginda kemudiannya dibawa meninjau ke reruai pempamer sambil beramah mesra dengan para pempamer di situ

Mengangkat tema “Selangor Gateway to ASEAN,” SIBS 2024 bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa. 

SIBS 2024 berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober dengan menampilkan tiga program utama, iaitu Selangor International Expo (F&B), Konvensyen Sains Hayat Selangor, dan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor.

Acara tersebut dijangka menarik lebih daripada 12,000 pelawat dari 18 negara, dengan lebih 650 gerai pameran dari pelbagai sektor.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE