KUALA LUMPUR, 31 Julai -Inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI akan diteruskan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 200 Kampung Angkat MADANI dan 1,000 Sekolah Angkat MADANI disasarkan untuk dilaksanakan di seluruh negara.
"Sebagai pendekatan bersepadu yang digerakkan oleh kementerian dan agensi bersama-sama badan korporat, syarikat swasta dan komuniti setempat mengikut keperluan dan permintaan komuniti di akar umbi," katanya.
Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat.