fb fb fb fb fb

RM8.7 juta diperuntuk anjur 600 program Jualan Rahmah di Johor

Lilis Saslinda Pornomo pada Program Jualan Rahmah Kasih Sayang Sempena Tahun Baharu Cina di Skudai, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 4 Februari-  Sebanyak RM8.7 juta diperuntuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN negeri Johor  bagi menjayakan kira-kira 600 program Jualan Rahmah sepanjang tahun ini, termasuk jualan sempena musim perayaan.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, sebanyak 52 lokasi disasar untuk pelaksanaan program Jualan Rahmah setiap bulan, dengan tumpuan di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi.

"Sempena musim perayaan, kita cuba buat dalam skala lebih besar, membabitkan lebih banyak subsidi,"katanya.

Sebanyak 26 lokasi telah dijalankan program jualan Rahmah di negeri itu, pada Januari manakala tiga lokasi dipilih bagi program sama, sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu ini.

Ia melibatkan daerah Muar, Johor Bahru dan Kluang.

Menurutnya, tiada aduan kenaikan harga diterima ketika ini, terutama selepas pelaksanaan tariff baru air.

Bagaimanapun, beliau menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat kepada pihak KPDN sekiranya terdapat kenaikan harga melampau dipasaran.

Lilis Saslinda ditemui semasa Program Jualan Rahmah Kasih Sayang sempena Tahun Baharu Cina di Skudai, Johor Bahru.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE