fb fb fb fb fb

RM750 juta bagi menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini - Ahmad Maslan

(Ahmad Maslan)

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Sebanyak RM750 juta diluluskan kerajaan menerusi Bajet 2023 bagi menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata peruntukan itu disalur kepada Kementerian Ekonomi bagi mewujudkan inisiatif dan program seumpama bagi mencapai sasaran membasmi miskin tegar.

Jelas beliau, antara perancangan termasuklah memberi golongan sasar latihan perniagaan secara berterusan.

"Kita ada kira-kira RM900 juta untuk penjaja dan peniaga kecil iaitu pembiayaan melalui Bank Simpanan Nasional. Setelah mereka dilatih untuk menjadi usahawan, mereka perlu diberikan bantuan tertentu, misalnya ada Bantuan Amanah Ikhtiar Malaysia. Begitu juga, TEKUN iaitu Tabung Ekonomi Usahawan Niaga, tahun ini dalam Bajet 2023 sebanyak RM330 juta.

"Kumpulan ini perlu diberi latihan terlebih dahulu kemudian baru boleh berniaga.

"Jika mereka berpaut dengan bantuan-bantuan yang ada, sampai bila mereka tidak akan keluar daripada kemiskinan tegar. Mereka perlu dilatih dan menjadi usahawan kecil," katanya di Dewan Rakyat.

Ahmad Maslan menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung inisiatif kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini.

(Ahmad Maslan dan Nik Muhammad Zawawi Salleh)

Media Baharu