fb fb fb fb fb

RM520 juta diperuntuk, laksana pembangunan di Parlimen T. Intan

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

TELUK INTAN, 14 Jun- Sebanyak RM520 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek pembangunan dan naik taraf di kawasan Parlimen Teluk Intan menerusi Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

Peruntukan tersebut bagi menaik taraf 28 projek infrastruktur awam, pembangunan, perumahan serta landskap.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, KPKT telah meluluskan sebanyak RM8.7 juta bagi empat projek baik pulih dan naik taraf kemudahan.

"Ini adalah peruntukan paling besar pernah diterima oleh Parlimen Teluk Intan dalam sejarah.

"... dan ini menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak sentiasa bekerja erat untuk membawa kemajuan dan juga kesejahteraan kepada warga Teluk Intan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Bandar PR1MA Teluk Intan.

Terdahulu, menerusi sesi lawatan kerja beliau ke Kampung Bahagia, Teluk Intan, sebanyak RM2.5 juta diperuntuk bagi program naik taraf infrastuktur di kawasan tersebut.

ROSLINA BINTI DIN