fb fb fb fb fb

RM30 juta dana diraih MAPIM untuk pembangunan semula Gaza

Foto RTM

Shah Alam, 2 Februari - Sebanyak RM30 juta dana pembangunan semula pasca perang Gaza disumbangkan lebih 20 negara menerusi program International Planning Session Post War Gaza Rebuilding.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kerajaan menyokong penuh agenda pembangunan semula Gaza yang dilaksana Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu.

"Kementerian Kesihatan (KKM) juga bersedia membentangkan satu nota khas pembangunan semula Gaza secara menyeluruh termasuk pembinaan hospital ihsan pada mesyuarat kabinet akan datang.

"Ia bagi menyahut cadangan Indonesia dan Pakistan yang bercadang membina beberapa hospital dalam pembentangan pelan pembangunan semula Gaza pada program disertai 200 delegasi terdiri daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil kedutaan.

"Selain itu, KKM juga berhasrat menghantar lebih ramai pasukan perubatan ke sana mengikut keperluan pasca perang di kawasan bergolak itu."

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Amal Gaza yang turut dihadiri Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD