fb fb fb fb fb

RM30 billion nilai jualan diunjur sehingga tahun 2028

PUTRAJAYA, 29 Mac- Sumbangan Industri jualan langsung negara diunjur mencecah RM30 billion nilai jualan menjelang tahun 2028.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sasaran itu berdasarkan prestasi dan pencapaian semasa industri yang berpotensi untuk terus dikembangkan.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Mengikut Laporan Jualan peruncitan Jualan Langsung Global 2020, Malaysia kini berada di kedudukan nombor enam di dunia dan nombor empat di rantau Asia Pasifik.

Pengiktirafan itu merupakan pencapaian unggul negara dalam meletakkan ia setanding dengan industri jualan langsung lain seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

"KPDN mengunjurkan dalam masa 5 tahun kita boleh mencapai RM 30 Billion. Itu sasaran kita dan kita akan sentiasa memantau syarikat jualan langsung ini untuk mereka terus maju kehadapan," katanya.

Tambahnya, industri jualan langsung merekodkan RM27.03 billion nilai jualan pada 2021 iaitu peningkatan 5.3 peratus berbanding RM25.67 billion pada tahun sebelumnya.

Ia didorong oleh sektor Jualan Kosmetik dan produk kesihatan yang menjadi penyumbang terbesar dalam industri tersebut.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyampaikan geran kajian, pembangunan, dan/atau pengkomersilan (R&D&C) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung serta penyerahan lesen Jualan Langsung di Putrajaya.

Sebanyak 8 syarikat jualan langsung dan 1 badan berkanun menerima geran R&D&C.

14 syarikat menerima lesen baharu dan 54 syarikat menerima lesen pembanhauruan.

Media Baharu