fb fb fb fb fb

Peniaga harus manfaatkan kewujudan PEDi

ALOR SETAR, 29 Mac- Golongan muda terutama mereka yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan perlu memanfaatkan kewujudan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi mengembangkan perniagaan masing-masing.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan, masih ramai yang belum menggunakan kemudahan tersebut.
 
Malah ada yang tidak menyedari tentang kewujudan PEDi di kawasan mereka.
 
Beliau berkata, sejak diwujudkan, PEDi telah berjaya melahirkan ramai usahawan yang menggunakan aplikasi digital untuk memasarkan produk masing-masing.
 
"Insya-Allah saya akan bantu mempromosi supaya mereka datang ke sini dapatkan kelebihan serta manfaat yang ada bagi membolehkan mereka tambah baik sebab ekonomi ini kita tengok tadi testimoninya jelas bukannya cerita atas kertas, bukan kertas kerja.

"Memang orang yang sudah buat kerja betul, sudah tingkatkan perniagaan dia jadikan digital.

"Kita tak cerita sampai RM5,000 la, kalau RM300 itu dijadikan RM1,500, RM2,000 sudah cukup untuk sara hidup di Kedah ni.

(Ahli Dewan Undangan Negeri Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf)

"Jadi saranan saya supaya orang Kedah, orang Alor Setar dan orang-orang yang berdekatan dengan PEDi di tempat-tempat yang ada khsusunya di Seberang Terus datanglah lepas ni untuk manfaatkan kelebihan yang ada di sini," katanya.
 
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ke PEDi RP Seberang Terus, di sini.
 
DUN Suka Menanti mempunyai dua buah PEDi iaitu PEDi RP Seberang Terus dan PEDi Flat Gemilang, Mergong.

Media Baharu