fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 Hab Gentian Optik PoP dibina

PADANG TERAP, 29 Mac- RM4.6 billion diperuntukan untuk membina 4,323 Hab Gentian Optik Point Of Presence (PoP) di sekolah luar bandar di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, perlaksanaan projek tersebut dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa pertama melibatkan 677 PoP yang yang bermula 2021 dan sehingga kini.

Manakala, fasa kedua melibatkan 3,693 PoP yang dilaksanakan pada tahun lalu hingga 2025.

Projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan gentian optik di kawasan sekitar sekolah, kediaman, premis perniagaan, komersial dan industri.

(Foto fail)

"Harapan saya dengan adanya jalur lebar berkelajuan tinggi yang dapat disampaikan bukan hanya ke sekolah-sekolah luar bandar tetapi juga di kawasan sekitarnya ini membolehkan warga dan lebih ramai di Kedah amnya rakyat Malaysia untuk mendapat perkhidmatan aksesĀ internet untuk kita kurangkan apa yang disebut jurang atau kesenjangan digital," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Hab Rangkaian Gentian Optik Point Of Presence (PoP) Zon Utara di SMK Padang Terap, Padang Sanai, Kedah.

Di Kedah sebanyak 55 buah sekolah di luar bandar telah dipasang PoP.

Media Baharu