fb fb fb fb fb

SJKP manfaatkan golongan sasar

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mengantikan Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) boleh memberi manfaat kepada golongan sasar, kata Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda.

Melalui pelaksanaannya ia dapat membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

"Sebenarnya kerajaan telah memperkenalkan SJKP dan skim ini sebenarnya tidak banyak berbeza dgn SRP , sebenarnya kerajaan melihat sekarang ini ramai dalam kalangan anak muda mereka tiada 'payslip' jadi mereka sukar untuk membuat pinjaman perumahan jadi kerajaan meilhat itu isu yang besar dan skim ini mempermudahkan pembeli membeli rumah pertama," kata Mohd Hasbie, di sini.

(Mohd Hasbie menyatakannya ketika menjadi tetamu dalam
Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media)

Tambah Mohd Hasbie lagi, sebanyak RM5,000 nilai pinjaman sediakan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad yang dijangka bakal memberi manfaat kepada hampir 20,000 peminjam yang memerlukan.

Media Baharu