fb fb fb fb fb

RM244 juta diperuntuk kepada JHEV ATM, bantu 215,000 veteran tentera

Adly Zahari menghadiri majlis sesi dialog program Peduli Veteran Madani, di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 21 Mei- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM244 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM)  bagi melaksanakan pelbagai agenda membantu 215,000 veteran tentera tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, peruntukan itu meningkat kepada 48.4 peratus berbanding RM118 juta yang diluluskan pada tahun 2023.

Menurutnya, peningkatan ketara itu mampu memberi manfaat yang lebih luas kepada veteran ATM meningkatkan taraf hidup dan mobiliti sosial.

Justeru katanya, veteran ATM disaran untuk mendaftar dengan JHEV ATM serta persatuan-persatuan di lokaliti masing-masing disamping mengemaskini maklumat semasa melalui sistem VIBES 2.0.

Beliau terdahulu menghadiri majlis sesi dialog program Peduli Veteran Madani, di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands, Pahang.

Sementara itu katanya, statistik  veteran tentera yang berdaftar dengan JHEV ATM kini adalah seramai 215,000 orang termasuk 78,000 tentera tidak berpencen.

Tambahnya, Inisiatif Peduli Veteran Madani (PVM) bertindak sebagai medan untuk Kementerian Pertahanan menyampaikan maklumat semasa dan peluang untuk veteran berinteraksi dan menyampaikan pandangan secara langsung.

Tegasnya, PVM menumpukan kepada lima fokus iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran.

Justeru tambah beliau,, melalui PVM, sumbangan kebajikan dapat disampaikan kepada veteran yang memerlukan seperti insentif keusahawanan  sebagai galakan untuk memperkasakan perniagaan mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE