fb fb fb fb fb

RM130 juta untuk projek pembinaan jalan Igan ke Sibu

KUCHING, 8 Jun - Kerajaan Sarawak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM130 juta bagi projek pembinaan jalan Igan ke Sibu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun.

Beliau berkata pembinaan jalan tersebut dijangka mampu mempercepat perjalanan penduduk di kawasan sekitar Igan ke bandar Sibu.

(FOTO HIASAN)

“Jalan ini nanti bukan sahaja dapat memanfaatkan penduduk kawasan Igan sahaja malah penduduk di kawasan Bawang Assan dan Bruit.

“Apabila kita lihat impak baik pembinaan ini maka kita minta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk beri anggaran kos diperlukan dan JKR telah anggarkan RM130 juta. Jadi kita setuju luluskan jumlah itu,” kata Johari ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Matu hari ini. - BERNAMA

Media Baharu