SARIKEI, 6 Julai - Mayat mangsa kelima insiden bot karam di Pantai Belawai, di sini ditemukan kira-kira pukul 6 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Aswandy Anis berkata, mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 tahun itu ditemui 300 meter dari lokasi kejadian.
Superintenden Aswandy Anis memaklumkan operasi SAR ditangguh dan akan disambung 8 pagi esok
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini ditangguhkan pada pukul 6:40 petang dan kita akan sambung pada jam 8 pagi esok," katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 minit petang semalam, sebuah bot yang membawa 17 penumpang warga Indonesia dilaporkan karam.
Lima disahkan lemas, 6 lagi masih hilang dan 7 terselamat dalam insiden bot karam di Pantai Belawai
Dalam kejadian kira-kira 2.11 minit petang semalam, sebuah bot membawa 17 penumpang warga Indonesia karam.
Setakat ini, lima disahkan lemas dan enam lagi masih hilang, manakala tujuh berjaya diselamatkan.