fb fb fb fb fb

RM100,000 Dana Perubatan Sinar, bantu golongan berpendapatan rendah melakukan pembedahan katarak mata

IPOH, 28 Februari - RM100,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Perak untuk Dana Perubatan Sinar bagi tujuan pembedahan katarak mata, membantu golongan berpendapatan rendah yang menghidap masalah itu.

Dengan kerjasama Hospital Ar-Ridzuan Ipoh, rakyat negeri itu yang berusia 50 tahun keatas boleh mendapatkan rawatan dan menerima subsidi daripada kos pembedahan yang dijalankan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Badan Budan Kerajaan (NGO) Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, ia merupakan program ketiga seumpamanya yang memberikan dana perubatan bagi manfaat penduduk negeri itu.

(Rakyat Perak berusia 50 tahun keatas boleh menerima subsidi rawatan pembedahan katarak mata)


"Sebab yang terbaru ni masalah katarak itu memang kita lihat berlaku dimana-mana sahaja. Memang ramai yang ada katarak, samada lelaki atau perempuan dan golongan muda atau yang berusia. Tapi kita ni ada had umur ya, berusia 50 keatas. Setiap pesakit yang layak dia layak mendapatkan maksima RM3,000 subsidi daripada kos keseluruhan pembedahan tersebut yang telah disahkan oleh pakar oftolmologi ,"

Kata Dr Wan Norashikin selepas Majlis Perasmian Dana Perubatan Sinar Untuk Pembedahan Katarak di sini.

Sebelum ini Perak telah melaksanakan program Dana Perubatan Wanita untuk Pembuatan Tapak Dialisis dan Dana Perubatan Warga Emas Perak.

Seramai 49 individu telah menerima manfaat daripada program berkenaan setakat ini.

 

Media Baharu