KUALA LUMPUR, 10 April - Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.
Di Terengganu pula, ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin.
Di Johor, dua kawasan membabitkan Mersing dan Kota Tinggi dijangka mengalami keadaan cuaca itu.