Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri hingga 12 tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 April – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri hingga 12.00 tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia menerusi kenyataan mengeluarkan amaran cuaca bagi beberapa kawasan.
  • Perlis disenaraikan antara negeri yang terlibat.
  • Kedah terjejas termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim.
  • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Tengah), Selangor (Klang, Kuala Langat) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Bahru).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, cuaca itu dijangka melanda Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Kulim) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah).

Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor yang melibatkan kawasan Klang dan Kuala Langat, manakala di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.