fb fb fb fb fb

Remaja maut motosikal ditunggang langgar kenderaan rosak

(FOTO IHSAN POLIS)

GURUN, 24 April- Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan rosak di lorong kecemasan di kilomter 78.1 Lebuh raya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata mangsa dipercayai tidak nampak  kenderaan rosak terbabit  walaupun diletakkan kon keselamatan berikutan keadaan gelap tanpa lampu jalan.

ACP Zaidy menerusi kenyataan  berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Gurun ke Alor Setar.

Katanya  akibat pelanggaran itu motosikal mangsa rosak dibahagian hadapan, manakala kereta terbabit pecah pada bahagian boot dan lampu belakang.

Mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah dipelbagai bahagian badan.

Kes disiasat menurut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.


(Ketua polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan)

Media Baharu