fb fb fb fb fb

Remaja lemas di Tanjung Balau, ditemui

(Mangsa, Nurish Qalish Suhailizam, 13 tahun ditemui di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 9 September- Seorang remaja perempuan yang hilang semasa mandi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, ditemui pukul 2.30 petang pada kedudukan 70 meter dari pantai.

Mangsa, Nurish Qalish Suhailizam, 13 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, enam rakan termasuk dua adik-beradik lemas semasa mandi di pantai berkenaan.

Manakala dua orang mangsa yang tidak sedarkan diri itu ditemui pihak bomba, masing-masing seorang remaja lelaki dan perempuan, berusia 12 dan 14 tahun.

Tiga lagi mangsa diselamatkan orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim menerusi kenyataan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat disertai 44 anggota bomba termasuk pelbagai agensi berkaitan.

(44 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi) 

Media Baharu