fb fb fb fb fb

Remaja hilang dihanyut arus ditemukan lemas

KUANTAN, 7 Mei - Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras semasa mandi di kawasan rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini semalam ditemukan lemas hari ini. 

Mangsa, Amirun Mohamad, 14, ditemui pada 6.10 petang oleh orang awam di Lubuk Cina, kira-kira 6.2 kilometer dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.35petang semalam berhubung kejadian itu.


(Selepas dua hari, mayat remaja lelaki berusia 14 tahun yang dikhuatiri
lemas di Pasir Kubur,Sungai Lembing di sini ditemukan)

"Kejadian berlaku ketika tiga remaja dalam lingkungan 14 dan 16 tahun menjalankan aktiviti mandi manda. Seorang daripada mereka telah dihanyutkan air deras sementara dua lagi terselamat.

"Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan sejak semalam dibantu 36 pegawai dan anggota daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan Pekan, Pasukan K9 dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Lembing. Operasi tamat pada jam 7.22 petang," katanya kepada media di sini.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat. 

Amirun dari Jabor, Terengganu dilaporkan hilang pada kira-kira 2.30 petang semasa mandi bersama abang dan dua sepupunya. 

Mereka dihanyutkan arus deras ke tempat dalam sebelum abang dan dua sepupu mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di situ. 

Media Baharu