fb fb fb fb fb

112 saman kepada pemandu kenderaan berat

IPOH, 7 Mei - Sebanyak 112 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan berat sejak Ops Selamat 18 dilancarkan pada 29 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata jumlah itu turut melibatkan bas ekspres dan bas henti-henti.

Dalam tempoh tersebut juga hanya lima kes kemalangan dilaporkan membabitkan kenderaan tersebut.


(112 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan berat sejak Ops Selamat 18 dilancarkan)

"Statistik menujukkan terdapat penurunan iaitu sebanyak lima kes kemalangan jalan raya dalam tempoh Op Selamat 18/2022 yang melibatkan bas berbanding 10 kes pada Op Selamat 15/2019 walaupun bagaimanapun tiada kemalangan maut dilaporkan melibatkan bas," katanya ketika tinjauan Operasi Khas Bas Ekspres bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Terminal Aman Jaya, di sini.

Ia dijalankan bagi mencegah kemalangan melibatkan bas ekspres dengan memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan, selain penekanan terhadap aspek mekanikal agar sentiasa berada dalam keadaan selamat.


(Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan)

Media Baharu