fb fb fb fb fb

Op Selamat 18: Catat 141 kematian seluruh negara

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Sebanyak 135 kemalangan maut membabitkan 141 kematian di seluruh negara telah direkodkan di seluruh negara sepanjang lapan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, Selangor merekodkan kemalangan tertinggi membabitkan 292 kemalangan diikuti Johor (200) dan Perak (163).

Manakala Perlis mencatatkan kemalangan terendah iaitu sembilan kemalangan.

Setakat ini sebanyak 12,985 kemalangan dilaporkan berlaku, sekaligus menunjukkan peningkatan berbanding Op Selamat 15 pada 2019 yang mencatatkan 12,500 kemalangan.

Daripada jumlah yang direkodkan itu, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kematian tertinggi iaitu 88 kes.

Manakala kematian membabitkan kereta lebih tinggi dengan 38 kes berbanding 34 kes pada Op Selamat 15.

Sementara itu, sebanyak 257, 808 saman dikeluarkan PDRM kepada pengguna jalan raya sepanjang lapan hari Op Selamat 18.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu