fb fb fb fb fb

RM120 juta diperlukan bagi naik taraf paip dasar laut ke Pulau Redang

TERENGGANU, 7 Mei- Terengganu berhasrat menaik taraf paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Redang.

Ini memandangkan paip sedia ada berusia 25 tahun semakin uzur dan sering mengalami kerosakan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata peruntukan sebanyak RM120 juta diperlukan bagi melaksanakan kerja-kerja penggantian paip dasar laut sepanjang kira-kira 23 kilometer.

Jelas beliau, setiap kali berlaku kerosakan ia menyebabkan kehilangan hampir 50 peratus bekalan air bersih malah terpaksa mengeluarkan kos pembaikan yang tinggi sebanyak RM70,000.

"Setiap kali berlaku kes paip pecah di dasar laut, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd terpaksa mengurangkan tekanan bagi mengelak lebih banyak air keluar dan berlaku pembaziran," katanya.

Langkah berkenaan menyebabkan pengguna akaun yang tinggal di kawasan penghujung berdepan masalah gangguan bekalan air kerana tekanan sangat rendah.

Kes paip pecah semakin kerap berlaku dan terbaharu ialah dua minggu lepas.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu