KUALA LUMPUR, 19 Disember- Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan replika cek berjumlah AS$5 juta untuk rakyat Palestin kepada Duta Besar Jordan ke Malaysia TYT Dr. Ismael Maddallah Suliman Mayytah.
Wisma Putra menerusi hantaran di Facebook memaklumkan sumbangan itu menunjukkan komitmen Malaysia dalam menyokong rakyat Palestin.
"Sumbangan ini menzahirkan komitmen Malaysia dalam menyokong rakyat Palestin dengan kerjasama agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara sepemikiran bawah inisiatif global bantuan kemanusiaan yang diketuai oleh Baginda Raja Abdullah II Ibn Al Hussein," menurut hantaran itu.
Penyerahan replika berkenaan telah diadakan dalam satu majlis di Kementerian Luar Negeri pada Rabu.
Dalam pada itu Malaysia mengiktiraf peranan penting Jordan dalam memudah cara usaha-usaha penyaluran bantuan kemanusiaan.
"Jambatan Raja Hussein merupakan satu-satunya laluan yang masih boleh digunakan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan dan kemasukan ke Gaza," tambah kenyataan itu.
BERITA BERKAITAN: