fb fb fb fb fb

Remaja ditemukan lemas dalam tali air

Foto RTM

KOTA BHARU, 22 November-Seorang remaja ditemukan lemas selepas tergelincir dalam tali air di Kampung Padang Enggang, di sini.

Mangsa, Muhammad Faris Mohd Nor, 14 tahun dijumpai lapan meter dari lokasinya tergelincir pada pukul 6.29 petang.

Komander Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Darulnaim, Ramli Abdullah berkata, mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota dikatakan sedang mandi bersama dua rakannya sebelum tergelincir.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang sebelum mengerahkan sebelas anggota dari BBP Kota Darulnaim dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi pencarian di lakukan di sekitar kawasan mangsa tergelincir sebelum dijumpai di dasar tali air tersebut.

"Operasi pencarian dimulakan dengan membuat pencarian di permukaan dan mangsa dijumpai di dasar tali air itu," katanya.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan selanjutnya

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD