fb fb fb fb fb

Remaja 13 tahun maut dirempuh kereta

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta selepas menukar haluan secara tiba-tiba di Kampung Metola dekat Lipis/Foto Ihsan PDRM

LIPIS, 6 Mac - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta selepas menukar haluan secara tiba-tiba manakala rakannya cedera dalam kemalangan yang berlaku di  KM 48, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Petola, pada 4.30 petang Selasa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Azam Afwan Mazlan, 13, beralamat di  Kampung Dada Kering, Padang Tengku, merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pagar Sasak.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, pembonceng motosikal mengalami kecederaan luka di kepala, perut dan  lutut kanan.

"Hasil siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari Kampung Pagar Sasak menghala ke Merapoh.  

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba membelok ke arah simpang di sebelah namun sebuah kereta yang sedang memotong mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Azli, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan mangsa telah di bawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

Kemalangan disiasat di bawak Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GRACE AISYAH KEDAYAN