fb fb fb fb fb

REHDA sedia berbincang, hala tuju pemaju hartanah dan perumahan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 Jun- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) sedia berbincang dan mengadakan libat urus bersama kerajaan serta pemain industri.

Ia bagi memastikan rakyat menikmati akses perumahan lebih mudah terutama kumpulan B40, menerusi kaedah yang mampan.

Presidennya, Datuk N.K Tong berkata persatuan itu juga bersetuju agar dasar berkaitan rumah mampu milik harus dikaji semula seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

REHDA percaya, untuk menjadikan perumahan lebih mampu milik untuk semua rakyat, kerajaan harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyerahan rumah mampu milik, seperti diamalkan 50 tahun lalu dan dipraktikkan di beberapa negara seluruh dunia.


(Presiden REHDA, Datuk N.K Tong/Foto Fail)

Ia akan menghapuskan amalan semasa subsidi silang, yang telah meningkatkan harga rumah dan menyebabkan kumpulan M40 kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Jelasnya, subsidi silang turut menyebabkan peningkatan hartanah siap namun tidak terjual.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan inisiatif Skim Simen Rahmah oleh kerajaan bagi menangani kenaikan harga bahan binaan.

Pada masa sama, masih banyak penambahbaikan perlu dibuat untuk memastikan pemulihan dan kemampanan industri demi manfaat pemilik rumah pada masa akan datang.

Media Baharu