fb fb fb fb fb

Rasuah pembantu penguat kuasa, buruh Bangladesh mengaku tidak salah

JOHOR BAHRU, 19 Jun- Seorang pekerja buruh warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada agen kerajaan Malaysia untuk tidak mengambil tindakan keatas kesalahan syarat lesen perniagaan di Iskandar Puteri di sini Februari lalu.

Tertuduh, Shahin Alam, 30 tahun membuat pengakuan dihadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail dan kes berjalan mengikut Seksyen 17 (B) dan Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan yang diketuai Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin, kesalahan dilakukan di Kawasan Perindustrian SILC, Nusajaya Square pada pukul 6.00 petang.

Tertuduh memberi rasuah kepada Pembantu Penguatkuasa (Unit Elite) Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebagai dorongan tidak mengambil tindakan keatas Itran Global Resources kerana melanggar syarat lesen perniagaan menjual barang basah.

Hakim membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan selain perlu melapor diri di Pejabat SPRM setiap bulan.

Kes disebut semula 20 Julai ini untuk serahan dokumen.


(Kes disebut semula 20 Julai ini untuk serahan dokumen)

Media Baharu