JOHOR BAHRU, 11 Disember- Syarikat pembekal dan pengendali keperluan bekalan air bersih Johor, RANHILL SAJ memiliki persijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) bagi 44 Loji Rawatan Air (LRA).
Perkara itu sekali gus mecipta sejarah buat syarikat bekalan air berkenaan apabila diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR), sebagai operator air pertama di Malaysia memiliki HACCP bagi kesemua LRA.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pengiktirafan itu mewujudkan usaha mengawal dan meminimumkan risiko pencemaran air terawat selain menambah keyakinan kepada pengguna berkenaan bekalan air selamat.
"Dengan pengiktirafan ini RANHILL SAJ dapat bekerja lebih kuat lagi. Sijil ini jugak dapat memberikan prestasi kualiti air dan juga risiko bekalan air terjamin khususnya di Johor," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu bagi Pengarah Operasi RANHILL SAJ Anuar Abdul Ghani berkata, dengan adanya pensijilan itu ia membuktikan komitmen kita berkenaan kualiti bekalan air.
"Namun kita tidak berhenti di sini, sebab untuk mengekalkan pensijilan ini pihak SIRIM akan membuat audit setiap tahun. Alhamdulillah setelah dua tahun ia dilakukan, semuanya lulus," katanya.
Pengiktirafan itu disampaikan deligasi MBOR, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar di Johor Bahru.