fb fb fb fb fb

Perkeso Melaka lunaskan bayaran RM22 juta

Abd Razak Omar

GAJAH BEHRANG, 11 Disember- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka telah melunaskan bayaran berjumlah lebih RM22 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini membabitkan 684 kes pelbagai kategori faedah.

Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar berkata, bayaran tertinggi melibatkan pencarum bagi faedah hilang upaya sementara iaitu sebanyak RM9.8 juta membabitkan 505 kes diikuti faedah hilang upaya kekal sebanyak RM9.68 jutamelibatkan 50 kes.

"Untuk mendaftar dan mencarum dalam skim faedah sendiri ini, ia tidak melibatkan jumlah yang besar namun manfaat yang diberikan sangat tinggi. Kita tidak mahu kejadian yang tidak diingini kepada anggota tersebut selain kehilangan punca pendapatan.

"Perkara itu boleh terjerumus kepada skala kemiskinan. Kita mahu mengelakkan masyarakat supaya mereka tidak terjerumus kepada jurang kemiskinan sekiranya berlaku musibah kepada anggota mereka," katanya dalam program penyampaian Skuad Perkeso prihatin Melaka di Jalan Gajah Behrang di sini.

Dalam pada itu, seramai 9,768 pekerja mendaftar bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat Oktober tahun ini, dengan nilai tuntutan sebanyak RM418,000 meliputi 141 kes.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI