fb fb fb fb fb

Rampasan 336 kilogram heroin, JKDM sedang lengkapkan siasatan

TOK BALI, 15 April- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melengkapkan siasatan berhubung rampasan 336 kilogram heroin dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas dalam tempoh dua minggu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan sebelum tempoh masa yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat berhubung kejadian itu.

"JKDM juga sedang berhubung dengan pegawainya di kedutaan Australia bagi melengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita di sinii.

Pada 10 April lepas, media melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta bersamaan dengan RM789.56 juta dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane.

Dadah itu dilaporkan disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500 kilogram dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.


(Buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan sebarang
maklumat berhubung kejadian itu)

Media Baharu