fb fb fb fb fb

Harga barang meningkat tidak lemahkan semangat penjual kuih raya

(Pemilik Qash Food, Hafizah Hashim)

KUALA LUMPUR, 15 April - Harga barang yang meningkat tidak melemahkan semangat penjual dan pemborong kuih raya dalam menghasilkan produk yang berkualiti tanpa menaikkan harga secara mendadak.

Meski pun berdepan cabaran, peluang berniaga pada bulan Ramadan dan Syawal tetap dimanfaatkan sebaiknya.

Tidak dinafikan peningkatan harga barang antara faktor pembekal kuih raya perlu menggunakan kreativiti bagi terus menarik minat pelanggan.

Pemilik Qash Food, Hafizah Hashim berkata beliau kini mengabungkan elemen tradisi dan moden dalam penghasilan kuih sekali gus menambahkan minat para pembeli dengan jualan mencecah RM400,000 pada bulan ini.

"Kita di Qash Food ini, dari segi kita punya reka bentuk balang, 'sticker' kita memang nak bawakan kuih tradisional ini jadi moden, kena tahu kuih kita sepanjang tahun ada, tart nenas kita sepanjang tahun ada, 'white chocolate','coconut cookies' kalau yang tradisional, kita letak 'white chocolate' dulu di atas baru kita letak 'coconut', Alhamdulillah sambutan sangat-sangat baik," kata beliau.


(Peningkatan harga barang antara faktor pembekal kuih raya perlu menggunakan kreativiti bagi
terus menarik minat pelanggan)

Dengan mengekalkan rasa kuih lama dan mencipta kelainan menerusi kuih moden, produk keluaran syarikatnya tidak sekadar memenuhi selera semasa Aidilfitri, namun juga sepanjang masa.

"Betul, sebab bila di 'improvise' ia masih kekalkan rasa yang lama, tapi kita masih dapat rasa, rasa itu modenlah, bukan yang selalu kita makan kuih tradisional," menurut pelanggan, Nur Iman.

"Ya betul sambutan masih lagi sama sebab kualiti kuih daripada sini dan saya tak rasa yang harga barang itu 'effect' banyaklah untuk pesanan kami," jelas ejen, Nur Zulaikha Hazwani.

Meski pun harga kuih raya terpaksa dinaikkan namun ia tetap menjadi pilihan pembeli terutama kepada mereka yang mempunyai kekangan untuk membuatnya sendiri.

Media Baharu