fb fb fb fb fb

Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat di Kuantan

(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa
beramah mesra dengan rakyat jelata yang berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)
di sini hari ini/ Foto BERNAMA)

KUANTAN, 15 April - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1) bersama rakyat.

Aktiviti berbuka puasa di padang itu menjadi tradisi Seri Paduka dan keluarga pada bulan Ramadan.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama-sama anakanda-anakanda Seri Paduka berdua.

Menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin.


(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong,
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda-anakanda bergambar sebelum
masuk waktu berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersama rakyat jelata hari ini
/ Foto BERNAMA)

Sebelum berbuka, Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni penjual dan pengunjung bazar Ramadan Mahkota Square yang terletak bersebelahan padang itu, selain baginda berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa.

Tunku Azizah turut berkenan mengagihkan kira-kira 2,000 bekas bubur lambuk hasil air tangan baginda kepada pengunjung.

Seri Paduka berdua kemudian turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 100 anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan dan Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom, Penor.

Media Baharu