fb fb fb fb fb

Pakej prabayar Aidilfitri diumum minggu depan

KUALA LUMPUR, 15 April- Pengguna perkhidmatan prabayar bakal menikmati pakej istimewa, bersempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pelarasan pakej khas itu akan diumumkan syarikat telekomunikasi masing-masing, minggu depan.

"Kalau kita tengok suasana hari raya jadi mungkin ada sedikit kegembiraan sempena Aidilfitri itu, jadi kita tunggu sikit, nanti maklumat itu akan disampaikan, insya-Allah dalam dua tiga hari ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Setulus Ikhlas Bersama di Ecopark Pantai Dalam, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pakej Perpaduan serendah RM5 sebulan diperkenal menerusi lima syarikat telekomunikasi khusus bagi golongan sasar.

(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

Media Baharu