KANGAR, 26 Jun- Empat pegawai Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Perlis menerima pengiktirafan sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, petang tadi.
Penganugerahan tersebut sebagai menghargai khidmat bakti dan sumbangan cemerlang mereka dalam bidang penyiaran serta perkhidmatan awam di negeri itu.
Mereka yang menerima anugerah adalah:
- Nur Suriawaty Abdul Nasir, Ketua Bahagian Rancangan RTM Perlis – Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Badruddin Ramli, Penolong Jurutera / Jurukamera – Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Noor Aziah Ahmad, Penerbit Rancangan / Juruhebah – Pingat Jasa Baik (PJB)
- Sukairi Azwar Kadir, Penolong Jurutera / Jurukamera – Pingat Jasa Baik (PJB)
Penganugerahan itu bukan sahaja mengiktiraf dedikasi dan komitmen mereka dalam memperkasa penyiaran tempatan, malah turut mencerminkan usaha berterusan warga RTM dalam menyampaikan informasi dan kandungan bermakna kepada masyarakat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima!