KULIM, 24 Ogos -Raja Muda Kedah Tengku Sarafuddin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehudin manzahirkan rasa dukacita terhadap peningkatan kes buli yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, baginda mahu semua pihak berkaitan agar menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas bagi memastikan insiden seumpama itu tidak terus berulang.
Baginda turut menekankan langkah segera melalui pendekatan pendidikan dan penerangan kepada pelajar, khususnya melibatkan aspek kesihatan fizikal dan mental.
Titah baginda, penerangan mengenai adab, saling hormat menghormati, disiplin dan nilai-nilai murni perlu sentiasa diterapkan kepada pelajar.
"Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak mereka, apa yang betul apa yang salah, apa yang perlu buat apa yang tidak perlu dibuat.
Dan pihak sekolah mesti pastikan kemuliaan adab akhlak sentiasa diutamakan muirid-murid semua," Baginda bertitah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Tengku Sarafuddin Badlishah 2025, di sini.